selamat datang ke laman rasmi dewarimba

Teknik asas 'packing' barang dalam 'backpack' anda (part 1)  

Posted by dewa rimba adventure team in





Ramai peminat 'outdoor' ini yang mempunyai beg yang jenis baik-baik, berjenama dan mahal. Namun perkara yang selalu saya lihat ialah kelemahan didalam menyusun barang didalam 'backpack trekking'. Ok, saya akan terangkan secara mudah dan teratur untuk 'packing.'Packing' bergantung juga kepada 'backpack' yang anda gunakan iaitu 'internal-frame pack or external' dan aktiviti yang anda lakukan 'off-trail' atau 'on-trail'


Secara am/mudah 'packing' barang ialah:
1. Apa aktiviti yang anda lakukan 'off-trail' atau 'on-trail', letakan barang terberat dekat dengan belakang badan,iaitu 'centered between your shoulder blades' (ditengah diantara bahu). Cara ini berkesan untuk 'internal-frame pack or external'.

2.Letakan barang yang berat dibahagian atas bagi perjalanan 'on-trail', agar beban berada di 'hips'(punggung) anda.

3.Letakan barang yang berat dibahagian bawah (tengah bag) bagi perjalanan 'Uneven terrain or cross country', agar menjadikan seimbang kerana graviti yang rendah.

4.Letakan barang penting sepeti kompas, peta dan makanan ringan di tempat yang anda mudah ambil.



Jika anda mengunakan bag 'internal-frame pack'

1.Jika anda keluar samada on-or off-trail letakan barang terberat dekat dengan belakang badan,iaitu 'centered between your shoulder blades' (ditengah diantara bahu).lihat gambar diatas.

2.Jika 'on trail' pula, letak barang yang terberat dibahagian atas bag, kerana berat akan ditanggung oleh punggung anda, bukan bahu .

3.jika 'off-trail' explorasi,Letakan barang yang berat dibawah sedikit (ditengah bag) agar menjadikan seimbang kerana graviti yang rendah.(rujuk gambar)

4.Masukkan 'sleeping bag',dibahagian bawah sekali (yang pertama yang harus dimasukan), dan pakaiyan (yang anda rasa tidak digunakan sehingga waktu tidur).dan apa saya yang boleh dilipat kecil .

5.Ikat apasaja yang rasa perlu untuk di ikat.


Jika anda mengunakan bag 'internal-frame pack'

1.JIka anda keluar samada on-or off-trail letakan barang terberat dekat dengan belakang badan,iaitu 'centered between your shoulder blades' (ditengah diantara bahu).

2.'internal-frame pack' adalah sesuai untuk perjalanan 'on trail' sahaja.letakan barang terberat dibahagian teratas dibelakang badan. dengan melakukan demikian berat akan ditanggung oleh punggung anda dan menstabilkan perjalanan anda.

3.Pack 'sleeping bag' didalam bungkusan kalis air dan letak bahagian bawah bag.

Sekarang anda telah tahu secara ringkas' Teknik asas 'packing' barang dalam 'backpack', semoga anda mendapat ilmu dan dan mempratikkan dalam aktiviti 'outdoor' anda. Sekarang saya akan ceritakan pula secara ringkas 10 perkara perlaksanaannya dari apa yang anda baca dari di atas:

1-Susun barang dengan kemas,teratur agar anda menjadi selesa dengannya

2-Letakkan barang seperti kompas,peta,makanan ringan dan anda rasa penting ditempat yang mudah dicapai.

3-Jika boleh jangan ada ruang kosong dalam beg anda, isilah apasaja di ruangan itu.

4-Pack barangan anda dengan plastik beg berbagai warna (kod) contoh baju plastik putih, makanan plastik hitam, dan sebagainya (memudahkan anda untuk pilih)

5-Kurangkan meletak/mengantung barang di luar bag (menyukarkan pergerakan)

6-Jika anda membawa khemah, jangan terlalu rajin bawa semuanya, bahagi-bahagikan diantara rakan anda.Rod khemah hendaklah diletakan dikiri atau kanan bag.

7-jika bawa barang tajam pastikan ia sentiasa bersarung atau dibungkus. Begitu juga bahan cecair pastikan penutup ditutup dengan ketat agar tidak meleleh(terkeluar).

8-Raincover atau 'packcover' amat penting, untuk mengelak beg dan barang dari basah jadi pastikan setiasa ia ada.

9.Pastikan beg sentiasa dalam keadaan baik sebelum digunakan.

10. Jika boleh bawalah 'sparepart' bag atau barang lain yang dirasakan penting.

Sekian terima kasih, semoga ada adapat manfaat dan kebaikan darinya:
lusuh adventure
26/02/09 (23:39)

untuk mengikuti artikel asal:
http://lusuh.multiply.com/journal/item/243/Teknik_asas_packing_barang_dalam_backpack_anda_part_1

1000 hits!  

Posted by dewa rimba adventure team

thanks to all visitors! hari ni da sampai hit yg ke-1000 da. rasenye blog ni baru je bukak 3bulan yg lepas. perkembangan yg memberangsangkan. thanks again!

Emergency Handset Charger  

Posted by dewa rimba adventure team




gadget yg paling bergune utk sesape yg slalu sgt masuk utan..gadget ni blh cas blk betri henset korang dengan hanya pakai betri saiz AA je..xyh pening2 nk pk klau betri abes..bg sesape yg berminat le la kontek email aku (m.zulhafiz@tng.uemnet.com) ataupun ajib (apolosia_nd@yahoo.com) utk wt tempahan..harga RM30 x tmasuk kos penghantaran..

Hassan..Moga Kau Terus Tabah  

Posted by dewa rimba adventure team


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah ya tuhan kami yang maha kaya lagi maha pemurah....
yang maha pencipta juga yang maha mengetahui segalanya...
kami bersujud dan memohon ke hadrat mu ya Allah...
YA ALLAH peliharalah sahabat kami hassan ayat daripada sebarang malapetaka yang tidak diingini...
YA ALLAH jauhkan lah dia dari segala bentuk gangguan fizikal mahupun spiritual...
YA ALLAH terangkan lah hati nya supaya mudah bagi dia menemui jalan keluar...
Berilah ketenangan dan kekuatan kepada jiwanya agar dia tidak putus asa...

Andai dia lapar dan dahaga, YA ALLAH kenyang kan lah dia...
Andai dia kegelapan, YA ALLAH terangilah dia...
Andai dia sakit, YA ALLAH ringanlah kesakitannya...

Kami juga bermohon kepadamu YA ALLAH...
mudahkan lah bagi pasukan pencari untuk menemui hassan...

YA ALLAH berikanlah kekuatan kepada mereka andai kata mereka telah letih...
Hanya PADAMU sahaja yang mampu membalas jasa-jasa mereka ini...

Amin ya robbal a'lamin...

Hasil nukilan : Azlina Zaini dan doa dr rakan2mu..

BAG UNTUK DIJUAL  

Posted by dewa rimba adventure team in ,

berikut adalah beberapa gambar bag untuk dijual. bag berjenama, 2nd hand. cepat! sementara stock masih ada!!!

DUETER:



CONDITION: 7/10
HARGA:RM65
STATUS: ADE ORG DTG MERISIK (still available)


HIGH SIERA:



CONDITION: 9/10
HARGA:70
STATUS: DAH JUAL

THE NORTH FACE:



CONDITION: 8/10
HARGA:70
STATUS: BELUM BERPUNYA (single lagik..)

TATONKA:




CONDITION: 7/10
HARGA:40
STATUS: BELUM BERPUNYA (single lagik..)



  • kepada sesiapa yg berminat, sila hubungi najib di apolosia_nd@yahoo.com
  • status bag akan di"update" dari semasa ke semasa
  • harga ley nego lagi
  • yg dok kat KL ley dtg amek je tros(tmn. dato' harun)
  • harga di atas tidak termasuk kos penghantaran

Tentang Hassan..  

Posted by dewa rimba adventure team

Kepada Para Pendaki, Pihak Pengelola Sukarelawan Rescue Ingin Mendapatkan Tenaga Baru Dari Seluruh Pendaki Gunung Dalam Operasi Mencari Hassan Ayat Yang Hilang Di G.Yong Yap Sejak Seminggu Lalu, Base Operasi Di Lojing.


Start: Feb 25, '09 7:00p
Location: Masjid Al Ehsan, SS4 Kelana Jaya
Regarding: Solat hajat dan bacaan yasin

Salam all,
sekali lagi, atas usaha seorang hamba Allah yang baik hati, satu program solat hajat dan bacaan yassin akan diadakan untuk Hassan ayat yang masuk harini dah hari ke 8 dia hilang. tempat masih sama iaitu di masjid al-ehsan, ss4 KJ, dan waktu pun adalah selepas maghrib. kalau dapat maghrib sama2 lagi bagus.semoga berkat doa kita semua hassan dapat dijumpai secepat mungkin, insyaAllah. harap kawan2 dapat meramaikan solat hajat ini. thanks all.

SENARAI XPDC AKAN DATANG  

Posted by dewa rimba adventure team

XPDC GUNUNG ANGSI, N.9

21 - 22 FEB 2009..bermalam d PD..pagi Ahad ke Angsi

WATER RAFTING, KAYAK & TUBING @ SG SEDIM (DETAIL)
21-22 FEB 2009 ...sedim- RM120- minyak lain

DATE DAH TUKAR KEPADA : 14-15 MAC 2009 ATAS SEBAB YG TAK DAPAT DIELAKKAN

XPDC CONVOY SG DARA (DETAIL)
-28 FEB -01 MAC 2009.... mancing, tiruk,bbq

LIANG TIMUR - BARAT (DETAIL)
MAC 7,8,9, 2009... RM 36...makan dan guide....minyak..tong2

GUNUNG BINTANG (DETAIL)
MAC 13-15, 2009....RM 80 all in..tapi akan dimurahkan lagi.....minyak toll tong2

XPDC 9 PUNCAK JELAWANG JUNGLE (DETAIL)
02 - 06 Apr 2009

GUNUNG KORBU GAYONG
MAY 9-12, 2009.....RM 120 (INFORM ASAP sebelum end feb)

GUNUNG LEDANG
MAY 22-24, 2009 RM66....minyak toll tong2

GUNUNG TAHAN

May 29 - 6 June 2009 - XPDC Gunung Tahan via Kuala Tahan RM240 all in..Jika confirm sms nama sblm 15/04/2009..bayaran cash atau ansuran sebelum 01/05/2009..msj shahhizan 012-7332180

GUNUNG TEBU (DETAIL)

Jun 13-14, 2009 RM 60-80 all in...full cars...one person

Sape2 ada event yg nk advertise kt sni blh la bgtau..


SEKITAR MAJLIS BACAAN YASSIN UTK MENDOAKAN KESEJAHTERAAN HASSAN AYAT  

Posted by dewa rimba adventure team

Semalam (19 Feb 2009) telah diadakan majlis bacaan Yassin dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Hassan Ayat di Masjid Al-Ehsan SS4, Kelana Jaya..Ramai gak yg hadir..wlaupun selilau2 gak nk mencari ss4, dapat gak cr masjid ni.

Dimulakan dengan solat Maghrib..lps abes sembahyang..solat hajat pula dijalankan. Majlis bacaan Yassin dimulakan lepas solat hajat dan berakhir lebih kurang pukul 8.45 Malam dan terus disambung dengan solat isya'.

Dapat gak berkumpul dan bertanyakan kisah sebenarnya dr kwn2 yg naik skali ke Yong Yap aritu..ksian dia..harap2 gerakan mencari kali ni berjaya..dan harap agar hassan sentiasa dibawah lindunganNya..Amin..

PENDAKI HILANG DI GUNUNG YONG YAP  

Posted by dewa rimba adventure team

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang menyertai ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap, berhampiran sempadan Kelantan dan Perak dekat Pos Brooke, di sini, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang petang Ahad lalu.
Ekspedisi disertai 13 orang itu sempat melancarkan gerakan mencari selama enam jam, namun menemui jalan buntu apabila gagal menemui mangsa, Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28.
Rombongan ekspedisi dari Kuala Lumpur itu melakukan gerakan mencari rakan mereka selepas menyedari mangsa hilang kira-kira jam 4.14 petang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja Cameron Highlands, Pahang, pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata rombongan ekspedisi itu bertolak jam 10 pagi dari Pos Brooke dan tiba di Kem Agas di pertengahan perjalanan itu kira-kira jam 2 petang dan bermalam di situ sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung jam 5.30 pagi Ahad.
Katanya, ketika tiba di puncak kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa dilihat masih bersama rombongan itu sementara menunggu masa bertolak pulang kira-kira jam 12.10 tengah hari.
“Mangsa dilaporkan hilang sebaik rombongan terbabit tiba di Kem Agas pada jam 4.14 petang dan menyedari Mohamed Hassan Ayat tidak ada bersama menyebabkan rakan mangsa melancarkan gerakan mencarinya,” katanya.


BERSAMA KITA DOAKAN Mohamed Hassan Ayat Zainuddin DAPAT DITEMUI DAN DIBUKAKAN JALAN UTK KELUAR DENGAN SELAMAT DARI HUTAN. SEMOGA PERISTIWA INI MEMBERI PENGAJARAN & IKTIBAR YG BERGUNA KEPADA SEMUA PENDAKI AGAR SENTIASA BERADA DALAM KUMPULAN.

LAPORAN XPDC BAHA-AYAM-STONG  

Posted by dewa rimba adventure team

LAPORAN XPDC BAHA-AYAM-STONG

Alhamdullilah..setelah sebulan br la habes aku menulis laporan xdpc kali ni. Al- maklum la keje le katakan..blk kpala otak mmg dh blur dan kurang nafsu nak menulis..Okey..trip kali ni merupakan suatu perjalanan yg panjang dan amat memenatkn tp membawa keseronokan ke tahap paling maksima. Pada keseluruhannya, program kali ni berjaya walaupun menempuh pelbagai dugaan luar jangkaan yg menjadikan trip kali ni amat bermakna dan mencabar. Xpdc kali ni berlangsung pada 23hb -27hb Januari. Dianjurkn oleh Komodor Adventure dan disertai seramai 25 org peserta.

23 Januari 2009

Perjalanan xpdc kali ni dimulakan d KLSentral pada 23 Januari 2009 dengan berkumpul di Stesen KLSentral pada pukul 7.00 Malam. Kebanyakan ahli dewarimba dh awl2 muncul dek kerana semangat yg membuak2 nk pg..kekeke..so sementara menunggu yg lain dtg kami pergi mkn dlu di food court dlm pukul 7.30 Malam. Trip kali ni disertai oleh 9 org ahli dr dewarimba terdiri dr Adam, Abu, Krol, Am, Najib, Nangka, Nizam, Ira dan Hafiz. Setelah abes ops mkn2 kt foodcourt kami trn bertemu dgn kenkawan lain yg menyertai trip kali ni..ternyata semua org bersemangat dengan beg2 yg besor belaka. Trun2 bwh awl2 dh dikejutkn dengan ketawa si Yanie..yg confuse antara aku dan ajib..kekeke..kt sni la br jmp diorang yg sblm ni aku knl dr MP je..aku kenal 2 org je..Lyn dan Yanie..Perjalanan dimulakan dr KLSentral dlm pukul 8.45 Malam..Seronok bkn kepalang psal dh lama xnaik tren..awl2 tren bgerak dh masing duk kt pintu ketapi sambil isap rokok..maklum la lama x jmp memasing..maklum la meeting program ni pn byk dilakukan di Alam Siber je (email daa..) Tp perjalanan kali ni kurang selesa sket psal kami pg time CNY so ramai la yg blk Kelantan. Terasa mcm naik tren komuter rsnye..penuh sepenuh2nye..nk g toilet pn ilang nafsu dbuatnye..so xbyk yg blh dilakukan dlm perjalanan 2 psal pegerakan mmg terbatas. Tpaksa duk ditempat sendiri dan tdo.

24 Januari 2009

Huh..setelah puas mengeluh spanjang perjalanan 2..akhirnya sampai gak ke Dabong, Kelantan dengan selamat..Alhamdulillah..kami semua tiba di Stesen Dabong, Kelantan pada pukul 8.00 Pagi sambil disambut oleh guide utk xpdc kali ni Abe Key. Setelah berehat2 kejap..kami bersiap terus dgn pakaian mendaki dan pg sarapan utk mengisi perut yg lapar. Dr stesen ni dpt dirasai kenyamanan udara kampungnya yg sket pn x tercemar dan pemandangan lereng2 bukit yg masih diseliputi kabus. Damai amat rasanya. View yg lama x akan dijumpai klau duk kt PJ..keke..setelah siap2 mkn, dlm kol 9.45 Pagi kami meneruskan perjalanan menaiki Van memulakan cabaran utk xpdc kali ni dan tiba Jelawang Resort pada pukul 10 Pagi..setelah taklimat ringkas oleh Abe key xpdc kali ni dimulakan pada pukul 10.30 Pagi dari Jelawang Resort. Berbeza sket ngan trip lepas..kali ni perjalanan ke Baha’s Camp dibawa melalui air terjun sebelum msk ke trek hutan. Maha Besar Allah, sesampai di hentian air terjun sebelum memasuki trek hutan pemandangan mmg indah sesgt..view air terjun Jelawang dr kwsn tengah mmg amat mengujakan..setelah sesi mengambil gmbr dan berehat habis perjalanan diteruskan dengan memasuki ke trek hutan utk sampai ke wakaf. Sekali lg masa rehat diambil di kwsn wakaf sementara menunggu rakan2 lain. Setelah semua sampai semua meneruskan perjalanan ke Baha’s Camp..perjalanan ke Baha’s Camp mmg agak menarik kali ni kerana trek tidaklah terlalu licin..Sesampai di Baha’s Camp dlm pukul 1.00 Ptg kerana terdapat beberapa rakan2 yg mengalami kekejangan otot. Setelah dbincang dengan mengambil kira situasi beberapa rakan2 yg mengalami kekejangan otot semasa naik..semua bersetuju perjalanan ke Gunung Ayam ditunda keesokkan harinya. Jadi hari 2 masa dihabiskan di Baha’s Camp sahaja. Kami terus ke campsite, siapkan persiapan mknan dan pasang khemah. Petang tu tak byk aktiviti yg dapat dilakukan sebab hujan. Disebabkan ajib pakai baju kumpulan hujan yg popular dengan lagu “pagi yg gelap”, so dia terpaksa menanggung segala tohmahan yg tidak berasas..hahahaha! padan muke, sape suruh pakai baju hujan. Kan da hujan. Tp dalam pukul 3pm, kami sempat bermandi-manda di kawasan air terjun untuk membersihkan diri yg sememangnya berbau busuk (mau taknye, dari petang semalam tak mandi2…kikiki!!!) siap je aktiviti mandi-manda, kami pun membaham @ melantantak makanan yg disediakan oleh chef2 jemputan yg dibawa khas dari KL…hahaha! Jgn marah ea chef! Laen trip, korang masak lagik ye..hee!

Biasa ar kan, bile prot da kenyang, mate pun jadi berat. Tak silap aku, lunch hour abes kol 4.30 pm, kami pun lepak dalam khemah. Budak am sibuk ajak bersembang, aku wat pekak je..hahaha! penat siot.. sian am..hee! dalam keadaan separuh sedar, aku dikejutkan dengan suara seorang budak kecik..huh! meremang bulu roma aku nih.. suara tu memanggil2 penghuni khemah aku tu. Sekali kecik a.k.a fira da… ko wat suspen je kecik. Da ar tgh mamai. Upenye dia kejot ajak makan lagi da.. huh! Sebelum tido makan, bangun tido pun makan lagi. Bes btol..heheh!

Malam pertama tu, tak banyak yang dapat dilakukan. Selesai makan malam, kami berkumpul di musollah untuk sesi suai kenal. Almaklumla, boleh dikatekan semua orang tak mengelanali antara satu sama lain. Kalo kenal pun hanya kat MP je. So mase ni la digunakan sebaik-baiknya untuk mengenali antara satu sama lain. Setel je sesi suai kenal, da takde aktiviti lagi da. Tinggal nak tido je. Tapi aku and da geng, mengadakan sesi urut mengurut( urut sendiri2 ea..hee) sambil membuka kisah2 seram. Baru ar ade feel!! Cite camni ar yg best didengar bile korang masuk hutan..hee! dah la sejuk, ujan lak tu.. sleeping bag yg dibawa sepanjang perjalanan tu seakan memanggil2 aku untuk masuk ke dalam..ewah! dalam kol 1am baru la aku and da geng tido.

25 Januari 2009

Tepat pukul 6.30am, jam handphone aku memekak dengan mendendangkan lagu yg paling aku tak suke dengar..hahaha! dengan mate bengkak, badan yg letih, peserta dengan rela atau tanpa rela kena bangun jugak..hee! pagi tu hujan masih belum berhenti membasahi bumi. Kalau kat rumah la waktu tu, alamat tengahari la baru bangun..kekeke! seperti biasa, waktu camni la yg amat sesuai bagi sesiapa yg nak memerut sambil gosok gigi..hahaha! tah ape feel kalo memerot sambil gosok gigi. Aku pun tak pasti. Tp terpakse sebab nak cepat. Takot ade customer laen datang nak memerot jugak..hahai! sepatutnya semua peserta wajib berkumpul di hadapan pondok guide kol7.30 am, tp ape kan daya.. kepala air datang dengan tiba2 tanpa ada seorang pun yg sedar. Tau2, jalan untuk ke seberang dah tenggelam. So waktu ni digunakan untuk aktiviti bergambar sakan. Mase tu la nak tgk aksi2 spontan peserta berhadapan dengan kamera DAN JUGA HEAD LAMP!!! Hahahaha!!! Paham2 sendiri la ye..heee!!! Stelah tlampau byk masa dihabiskan di campsite sementara mnunggu air surut..abe key bwk bdk2 beliau utk rentang tali dikawasan air terjun utk membolehkan kesemua peserta lalu. Dlm pukul 10.30 tali dh siap direntangkan dan seorang demi sorang peserta mula merentas sungai untuk ke seberang. Time ni br la dpt kite tgk btapa pentingnye kwn2..semua org tolong menolong xkira sape pn masa 2..psal terdapat team lain yg tpaksa menyeberang skali time 2..xtau la team mne..tp bwk beg cm tentera..berat ya amat..tp sekejap je semua dh blh menyeberang psal kerjasama wonderpet..hehe..

Lebih kurang 10.45pagi, semua org dh dpt berkumpul kt pondok guide..dimulakan dengan taklimat dr abe key ttg perjalanan hari 2..dan bacaan doa..perjalanan dimulakan pukul 11.00 pagi..mula la bgerak semua org memulakan perjalanan yg panjang utk hari 2..semua menyanyi2 riang dengan teriakan abe key yg paksa si yanie menyanyi..tp xnyanyi2 gak..vokalis paling lantang skali menyumbangkan lagu ialah incik fauzi sambil disumbangkn lg oleh penyanyi2 latar..incik lan bergerak sbagai kepala aritu..pjalanan kali agak laju..xmcm 1st time aku pg dlu byk brenti2..brenti pn psal tggu geng lain smp je..pastu gerak blk..sesampai di kem balak tggu org blakang perjalan diteruskan lg menuju ke sungai rantai yg dh x brape jauh dr situ..sampai dsungai rantai..arus air masih laju..tp x setinggi air kt kem baha td..masih blh direntas..dengan meloncat2 kt batu..layan air sungai seteguk dua, perjalanan diteruskan lg meredah hutan yg tebal dengan trek yg basah..kali ni checkpoint seterusnye ialah ke Sungai Baha.. Apa yg mencabar utk smpai ke sungai ni..paling aku gemar semestinya trek curam yg licin kt sni..trek sni..mmg btol2 mengharapkan bonggol2 akar dan gak pokok2 utk bpaut..psal trk ni tdapat byk batu2 yg besar dan berlumut..silap gaye kebawah mike yoep klau tsalah pijak..sesampai disungai baha dalam kol 1.00ptg..kt sni semua org lepak dan dok2 berehat panjang lebih kurang 30 minit la gak sambil mkn dan membersihkan kasut2 yg dh x serupa kasut 2..view sungai ni lawa sgt..tp xdpt nk mandi2 psal arus still deras lg..so cecah2 kaki je la..

Stelah semua abes mkn dn dh packing2 xpdc ni diteruskan lg dengan jln yg makin mencanak ke gunung baha,tjumpa gak team2 lain spanjang pjalanan ni..diaorang stop siap msk2 lg..psal diorang akan bermalam di gunung ayam..so byk masa..kami yg xbrape nk byk masa ni tpaksa teruskan perjalanan..mmg perjalanan yg panjang dan amat memenatkn..psal trek dh x mcm sblm sungai baha..trek ke gunung baha dh x byk jln landai dan langkah utk memanjat pn makin besar sampai rs menarik urat2 kaki tanpa belas kesian..adoi ai..mmg perit..

Sesampai di Gunung Baha lebih kurang kol 4.30 ..sempat la besandar2 jp tp xdpt rehat lama kt sni psal memikirkan masa yg smakin nk petang aritu..sejuk sungguh kt sni..rs sampai ke tulang..makan seketul dua biskut pastu abe key dh suh jln blk..perjalanan diteruskan melalui trek2 binatang..byk tapak dan taik gajah..ngeri sungguh..perjalanan dr gunung baha ke gunung ayam mula melalui trek menurun dan becak..sesampai dibawah..semua org amek air dlu..psal ni la last waterpoint utk air sebelum sampai ke puncak ayam. Setelah semua org dh ready perjalanan diteruskan dengan trek mendaki blk..kali ni byk bermain ngan trek licin memandangkan sudah semakin menghampiri puncak..sejuk makin x ingat punye..akhirnya setelah pnt memanjat kami sampai gak ke puncak ayam ngan penuh rs kelegaan..sampai sni lbih kurang kol 5.30ptg..huh..mmg sejuk gler..dh la ujan..makin sejuk la duk kt atas 2..tbayang aku klau kne bmalam kt puncak cm dlu..rs nk menangis tggu pagi..seksa gler..so apa lg..ble dh smp ats masing2 mula la berposing x hingat..abes papan tanda ayam 2 kne rebut psal nk amek gmbar..hehe..slesai je sesi bgambar semua org dh start lapar dan operasi memasak meggi bermula..Ya Allah..sedapnye rs meggi time 2..mkn 3,4 bungkus rmai2 mmg syok..sambil berchopstikkn batang resam..best..pas 2 layan kopi super power lak..air milo..adoi aii..asyiknye..

So pas masing2 dh melantak x hingat dunia..kemas2 brg sume..lebih kurang 6.15 ptg perjalanan ke Gunung Stong kami teruskan..melalui trek menurun blk ke last waterpoint..abe key bwk kami ikut jalan pintas dr simpang gunung ayam utk ke Stong. Follow je la..dengan hujan, sejuk, hari yg makin gelap kami teruskan xpdc kali ni dgn lebih berhati2..xmcm siang td..kali ni pjalanan x le bpisah tlampau jauh..semua ikut dlm 1 line..headlamp mula berfungsi menandakan gelap malam dh makin pekat..tanpa byk brenti..semua org lebih berhati-hati dlm melangkah..ble stop kejap2 lampu headlamp kne dipadamkan bg mengelakkan ancaman2 binatang..tp aku masih rs semua org masih bersemangat..dan akhirnya kami sampai gak dipuncak stong dlm kol 8.00 mlm..1 jam lebih awl dr jangkaan abe key..hujan masih x brenti..kami panjat puncak batu stong 2 dan tangkap2 gambar jap..psal kami xle lama disini..takut smp ke kem baha tlampau lewat..gambar pn x dpt byk..psal hujan lebat dan mmg xnmpak ape..psal dh gelap gler..hanya bertemankan lampu headlamp je la mlm 2..mula bergerak turun dlm kol 8.30 malam..huh..jln trunnye mmg perit gak..psal mmg x jmp kawasan landai..mmg terus menerus ke bawah..tbayang dlm kepala otak time 2..klau naik stong ikut jln ni mst ramao yg pewai punye..dgn trek batu dan licin akibat hujan..menjadikan perjalanan ni mmg mencabar..

Oleh kerana hari dh gelap, so masa utk berehat mmg dibataskan bg memastikan kami sampai awl..xbyk point yg kami stop masa trun ni..just stop utk tggu memember je..dan kami sampai ke kem balak lebih kurang pukul 11.45 malam. Setelah semua sampai dan berehat minum2..perjalanan diteruskan utk ke kem baha..kalau diikutkn mmg dh dekat jarak antara 2 kem ni..tp disebabkan keadaan cuaca yg hujan dan ramai yg naik dan turun pada hari tu menyebabkan trek tanah ke kem baha mmg hancur giler dan amat licin..sampai ramai yg tergolek dot dan keadaan mental time 2 mmg down..rs cm x sampai2 ke kem baha..kekeke..setelah bergelumang ngan penat dan tanah licin akhirnya kami sampai gak ke kem baha lebih kurang kol 1 pagi dengan penuh rasa riang ria..sronok bkn kepalang..memikirkan objektif xpdc kali ni btol2 tercapai wlaupun tdapat byk rintangan pada awlnya dan juga Berjaya mengakhiri perjalanan panjang pada hari 2 dengan tanpa rasa pewai..Alhamdulillah..cayalah semua!!..

Sesampai je, semua mmg dh penat gler..lepak2 jp di camp site dan turun mandi wlaupun masa 2 sejuk mmg x ingat punye..pas2 mandi msg2 dh mmg x larat nk wat pe sgt..akibat kepenatan yg teramat sgt semua dh x piker psl makan..semua sbuk mencari sleeping bag. Kami sempat gak la mmelepak2 dlu kt tepi khemah bersembang sambil buat air milo, superpower, teh dan juga masak meggi..kami masuk tido pagi 2 lebih kurang kol 4.30 pagi..

26 Januari 2009

Kantoi lg hajat nk tgk matahari terbit trip kali ni..semua org tlelap sakan..bgn2 hari dh siang..aktiviti hari ni agak santai dan lebih kepada melepak je..cuacanya juga agak baik memandangkan smalam dh hujan. Jadi aktiviti hari ni utk mandi manda kt air terjun mmg xde halangan..aku g ambik gambar air terjun dan tjumpa ngan abe ja (guide trip aku ke gunung ayam yg lepas) sembang2 jap dan dia naik kt atas air terjun utk setting tali nak main abseiling..

Hari 2 semua dpt merasa main abseiling dr puncak air terjun turun ke bwh then kne trun kne slide ikut air terjun..xingat dunia sronoknye..pas abes main semua sambung mandi manda sambil abe key bukak kelas berenang..kekeke..pas mkn hari 2 semua dh start packing2 utk turun..selesai je semua..kami start turun ke bwh pada kol 5 ptg..sampai kt bwh dlm kol 6.45 ptg. Takut x sempat nk bersiap di stesen Dabong, kami terus mandi kt sungai dan bersiap kt situ je..dan meninggalkan hutan jelawang ngan hati yg amat berat pada kol 8 malam..harap2 1 hari nnt kita akan sampai sini lg..sampai di Stesen Dabong pada kol 8.15 malam..terus g makan2 dlu..sepatutnye tren dijangka tiba pada kol 9 malam tp akibat kelewatan kami mula bertolak dr dabong pada pukul 10 malam.. malam 2 mmg gamat gerabak 2 ngan suara kami..tp x brape lame la..psal ramai dh penat dan tdo..sampai di Stesen KLSentral pada pukul 8 pagi..berakhir la perjalanan xpdc kali ni yg amat mencabar dan menyeronokkan..makan2 dlu di food court KLSentral..br semua bergerak balik..

TAMAT!

BAJU DEWARIMBA DIBUKA UTK TEMPAHAN  

Posted by dewa rimba adventure team

Edisi pertama baju dewarimba kini dibuka utk tempahan : Sila hubungi kami utk tempahan. Terima kasih.

Utk Tempahan :
Najib (0129158805)
Hafiz(0176287984)

CERITA TAK SIAP2 LAGIK  

Posted by dewa rimba adventure team

kepada semua peminat ceritera dari dewarimba.. (cewah!!..hahaha):

kami ingin memohon maap sebab tak dapat menyiarkan lagi report. panjang berjela ceritanye. da macam novel lak. tp insyaallah dalam minggu ni jugak kami akan meng'upload' cerita tersebut..

TUNGGU...

sementara menunggu citer tersebut, anda dijemput melawat medan gambar dewarimba di sebelah kanan ni. updated dari kamera member2.

maap di atas segala kesulitan.