Assalamualaikum kepada semua pembaca.. terlebih dulu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih sebab sudi menjenguk blog DEWARIMBA ni.. toce2! syukran! terima kasih! vanekem! tak tau la betol ke tak...hahahaha!!! aku janji nak cite pasal trip kali ni kat artikel yg lepas. so lepas 3 hari tamatnye xpdc kali ni, lepas ilang penat di badan, kejang di kaki dan sempit dada nak bernafas, aku gagahkan jugak untuk bercerita.
hari sabtu 13/12, semua geng berkumpul kat rumah aswad a.k.a abu a.k.a jejaka jambu kat olak lempit, banting. yg join trip kali ni just 5org je. tak seperti yg dijangkakan sebab pada saat2 akhir abg nippon kita tarik diri..nak wat cane, demam lak beliau mase tu.. takpe2, walaupun kurang sorang, masih ade 5org jejaka ensem bakal menakluki puncak gunung dato. dalam benak pale aku ni, aku terpikir, ape apis tengah wat mase tu kat genting.. mesti dia kene train mcm budak2 tadika...hahaha!!! padan muke beliau.. sori aaa bro!! huhuhu!
kami memulakan perjalanan dari rumah abg jejaka jambu pukul 5.30pm. tersasar dari jangkaan asal. biasa la...kita merancang, tuhan yg menentukan..dengan menaiki sebuah kereta iswara aeroback(no. kenderaan terpaksa dirahsiakan atas sebab2 keselamatan), yg ber'ekzos' bessi, ber'speaker' besa, kami meluncur terus melalui lebuhraya menuju ke Pedas, N9.. kami tiba dalam 6.30pm. hanya sejam perjalanan dari rumah aswad..(dekat je!aku nak gi keje dari kampung pun sejam suku. kalo aku dok kat umah aswad, tiap2 hari aku gi gunung dato..huhuhu!!). sampai je kat sane, kami tros ke pekan dulu sebab nak cari kasut untuk bro kerol. lepas tu baru la kami ke balai polis kota untuk bagi surat kebenaran mendaki.(harus diingatkan, penting surat tu! jangan ambil ringan haaa...) da siap urusan dengan polis, baru la kami bergerak ke kaki gunung dato.
untuk menyiapkan semua urusan tu, amek mase sejam jugak. so kami tiba di kaki gunung dato dalam 7.30pm. adam, selaku kepala untuk trip kali ni, tros berjumpa dengan pegawai yg jaga tempat tu untuk daftar kumpulan sebelum mendaki. niat dihati, nak tido kat puncak, apekan daya, puncak dah penoh.. kat puncak da ade dekat 70org. so kami buat keputusan untuk berkhemah kat kawasan pondok runtuh. lepas tu kami menunaikan solat maghrib dan isyak (jamak) secara berjemaah. mase tu abg nangke a.k.a hanis, jadi tok imam. selesai solat, kami pun memulakan perjalanan ke puncak.
pengalaman yg dah lame kami tinggalkan iaitu berjalan malam. last aku jalan malam, mase naik gunung nuang dulu. kami meredah kepekatan malam hutan hanya dengan berbekalkan head lamp dan tourch light. abu selaku guide mengepalai perjalanan kami ke pondok roboh. mase tu, aku la orang yang paling pancit.. dah lame tak bersenam. ha amek ko! hahaha! padan muke aku.
perjalanan ke pondok runtuh, ambil mase dalam sejam setengah. paham2 je la. org da lame tak training, jalan malam dan bawak beg..memang sesuatu yg agak menyeksakan. tapi sebab nak sangat sampai puncak, kami gagahkan jugak. sampai je kat pondok runtuh, tanpa berlengah lagi, beg yang disandang dilucutkan dengan rakusnya..(wah!ayat sastera!). badan aku mase tu rase teramatlah ringan dan lega. adam terus mengapai beg deuter beliau untuk mengeluarkan khemah yg dikendong selama sejam setengah. sian beliau. nasib adam seorang yg gagah tak ubah macam gaban..hahaha!!
dengan berbekalkan makanan2 yg dibawa, kami pun memulakan aktiviti masak-memasak. malam tu barisan chef, diketuai oleh bro kerol. makanan kami agak spesial sebab takde macam orang nak berkhemah. santapan untuk malam tu adalah daging burger panggang, nugget panggang, capsicum panggang, baby carrot panggang, air milo dan air teh. tak lupe ade roti pratta..(kalo aku kat umah pun tak makan camni..huhuhu!) sambil makan, kami bersembang2 sampai larut malam..tarakucha2 cha.. dan sambil bersembang, kami bergambar. malam tu, malam bulan penuh. indah betul kejadian alam ciptaan tuhan.. masyaallah.. subhanallah.. maha suci tuhan sekelian alam. syahdu je hati bile tengok bulan penuh camtu. nasib bro kerol pakai kamera mahal. so kualiti gambar pun agak tinggi dan cantik. so take a look!
makin lame badan yang letih mula menjangkit ke mata. kelopak mata yg ringan tiba2 jadi berat macam digantung beban 1tan. kami pun melelapkan mata, merehatkan badan yang lesu dalam pukul 1am.. tapi kesian bro kerol sebab dia tak dapat nak lelapkan mata dan terus mengharap ada dikalangan kami yang bangun dan bersembang dengan dia. tah pukul berapa la dia tido agaknye.. kami dikejutkan dengan suara kecoh2 kat luar khemah pukul 4.30am. rupenye ada sekumpulan pendaki yang dalam perjalanan ke puncak. tido yang lena terus terganggu dan langsung tak dapat nak tido da..kacau daun tol la.. hahaha!
unggun yang hampir terpadam, disuapkan dengan kayu2 kering. so kawasan khemah kami pun kembali terang. pagi tu adam wat potato wadges..sedap.. kalah KFC. selesai sarapan ringkas, kami solat subuh berjemaah. seperti biasa, nangka yg mengimamkan solat kami. selesai je solat dan pack balik barang2, tepat pukul 7am, kami pun meneruskan perjalanan.
aku lupe sampai ke puncak tu pukul berapa. ape yang penting, hajat telah tercapai. ternyata, walaupun da banyak kali dapat menawan puncak gunung ni, korang takkan pernah rasa jemu. keindahan alam yang jarang dapat dilihat dari puncak gunung2 laen kat Malaysia. banyak foto sempat dirakamkan di atas. tapi aku tak boleh nak letak kat sini. papehal, korang klik je galeri gambar DEWARIMBA. aku just boleh letak sikit je.
unggun yang hampir terpadam, disuapkan dengan kayu2 kering. so kawasan khemah kami pun kembali terang. pagi tu adam wat potato wadges..sedap.. kalah KFC. selesai sarapan ringkas, kami solat subuh berjemaah. seperti biasa, nangka yg mengimamkan solat kami. selesai je solat dan pack balik barang2, tepat pukul 7am, kami pun meneruskan perjalanan.
aku lupe sampai ke puncak tu pukul berapa. ape yang penting, hajat telah tercapai. ternyata, walaupun da banyak kali dapat menawan puncak gunung ni, korang takkan pernah rasa jemu. keindahan alam yang jarang dapat dilihat dari puncak gunung2 laen kat Malaysia. banyak foto sempat dirakamkan di atas. tapi aku tak boleh nak letak kat sini. papehal, korang klik je galeri gambar DEWARIMBA. aku just boleh letak sikit je.
dekat puncak, kami sempat masak megi dan wat air milo. sedapnye masa tu sampai menjilat batu..hahaha! sedap sangat la senang cite. sampai pecah batu tu.. ha nampak tak macam gambar kat atas tu ha.. hahaha! selesai sesi bergambar, makan2, minum2, kami pun gerak turun. tapi track mase turun tu da hancur sebab ramai sangat orang yang naik hari tu. nak tak nak kene jugak lalu. walaupun dada rase sesak, lutut rase nak tercabut, kaki rase sengal2 ubi, langkah demi langkah diatur untuk turun. tapi mase turun, sempat jugak bergambar..heheh! nak tengok, korang follow link gambar tu. sampai kat kereta, rehat2 sikit then baru la gi mandi(seharian tak mandi..bestnye dapat mandi!!).. bile semua dah bersiap, kami terus gi cari port makan. isi perut dulu sebelum balik. baru best! settle je part makan2, kami pun terus gerak balik ke banting. sian adam bawak kereta sambil tersengguk-sengguk..heheh!
cerita ni terpakse aku pendekkan sebab sekarang ni aku da lapar sebab tak makan2 lagi ni..hahaha! so kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ni, terima kasih banyak2. hope dapat bertemu lagi dalam XPDC GUNUNG STONG lak lepas ni. same2 kite terjah air terjun jelawang lak lepas ni!!! so, see u there!!!
cerita ni terpakse aku pendekkan sebab sekarang ni aku da lapar sebab tak makan2 lagi ni..hahaha! so kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ni, terima kasih banyak2. hope dapat bertemu lagi dalam XPDC GUNUNG STONG lak lepas ni. same2 kite terjah air terjun jelawang lak lepas ni!!! so, see u there!!!
Wassalam..
This entry was posted
on Wednesday, December 17, 2008
at 4:49 AM
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.