selamat datang ke laman rasmi dewarimba

TRANS SUKU-IRAU-YELLOW-PASS  

Posted by dewa rimba adventure team

Assalamualaikum kepada sakalian gunung member..Aper pun saya ingin memohon ampun maaf kalu la saya punya cerita nie ader yang rasa tak best coz tak ajak pi... saya dapat pi pun coz menyelit2 dalam senarai nama diaorg. Kebetulan ader kosong 1 org…


Trip nie di anjurkan oleh kak lily(freelance-GO) pada 25-28 Disember 2008. trip nie di beri tajuk TRANS SUKU-IRAU-YELLOW-PASS. Maksudnya akan naik 4 gunung dalam 4 hari…

Bermula la cerita perjalanan…


25/12/2008


Berkumpul di kg.raja pada jam 0600 membuat persiapan untuk mendaki dan penbahagian ration untuk setiap perserta… time tu hujan turun dengan jayanya. Sejuk tak ingat. Nasib baik la aku ader bawak baju hujan time tu. Jam 0830 beg di punggah naik ke atas 4x4.

4x4 trus meluncur pi kat tapak mendaki gunung suku. Pendakian di mulakan pada jam 0900. Gogo (organizer) kata trip santai, satu kali naik gunung suku terus je mencanak dari starting point sampai ke bukit tipu gunung suku. Turun sikit pastu naik lagik mencanak. Hujan plak sepanjang perjalanan. Memang sejuk la. Sampai la ke puncak pada jam 1430 pada ketinggian 1860m ikot jam aku nie. Time naik gunung suku nie la aku tau bertapa bergunanya la ader tongkat.

Pemandangan gunung suku cukup cantik. Beleh nampak bandar ipoh, gunung korbu,tok nenek,yongyap, irau dan byk lagik gunung. Jalan raya dari simpang pulai pun bleh nampak.



Kalau nak di ikotkan sepatutnya kitorg akan teruskan perjalanan ke Kem Bear. 4 jam dari puncak gunung suku. Tapi oleh disebabkan gogo kitorg flat coz tak cukup tido, gogo dan yang lain sampai kat puncak kul 1700. So memang tak sempat nak ke Kem Bear. Jadi guide terpaksa wat keputusan untuk kem kat puncak.

Malam tu memang sejuk gila. Suhu 18 °C. Siap dgn angin lagik.


26/12/2008 (Gunung Suku 1860m)


Hari kedua dalah perjalanan dari puncak suku ke ke puncak irau. Awal-awal lagi guide da pesan perjalanan hari nie paling awal pun jam 1900 kita bleh sampai.

Bertolak dari puncak jam 1000. trek memang best gila. Turn je 10 minit aku dah nampak bawah mcm belukar je. Awal2 dah kena menyelit kat akar kayu. Turun naik bukit dan sampai la ke satu tapak take five siap ader pemandangan terbaik lagik. Huhu indahnya pemandangan.


Guide,En. Khalil (KJ PUO)


Perjalanan diteruskan. Dan tiba di Kem Bear amik air untuk makan kat puncak irau. Lunch kat situ terus grak lagik. Guide pesan pasni kita main askar2 tau. Memula aku tak paham aper yang dia cube sampaikan. Bila dah 1 jam perjalanan baru aku paham mula naik mencanak skit 80° huhu penat betul dah la bawak air 5 liter time tu. Tapi trek memang mcm dalam cite lord of the ring. Cantik dengan lumut lagik ket tepi tu. Ader jugak trek mcm dalam citer anaconda. Seram aku. Dalam perjalanan nie aku lalu kat satu permatang. Sebijik mcm permatang kat kinabalu. Boleh tgk kiri kanan view.

Dan bila nak sampai anak irau cabaran paling nangis dalam hari tu. Time tu sudah jam1830. Dah mula gelap. Sekali nak sampai trek tu aku tgk tetibe org depan aku dah hilang. Kat depan aku Cuma ader dinding dgn akar kayu je. Sekali aku dongak tgk atas, rupanya arg depan aku tadi tgh terkial2 naik atas. Ya Allah gila aper nie. Panjat dinding ke? Sudah la panjat dinding, kena pulak menyelit kat celah2 akar kayu tu. Dgn beg besar dan berat tu naik je la. Ader la dalam 30 minit kena panjat tu. Baru sampai anak irau. Bila sampai anak irau bukan main sejuk lagik. Guide kata lagik 10 minit je dari anak irau tu nak sampai puncak. Ape lagi trus fulltrotle. Sampaikan puncak.

Lapa gile. Masak megi trus pasang fly. Tukar baju kering dan tunggu yang lain. Malam tu kitorg makan tomyam. Perghh... sedapnye.


27/12/2008 Gunung Irau (2110m)


Sarapan pagi ala2 western



Pagi masing2 layan tido sampai kul 10 pagi. Plan grak pi gunung yellow jam 1200. hari guide kita orang en.wan. perjalanan dijangka dalam 4jam je. Trek menurun sampai ader la 5 6 kali aku slide. Tapi memang agak santai. Sempat la aku menikmati keindahan trek dgn lagi best. Angin sepoi2 bahasa lagik. Bestnya.




Jam 1500 aku sampai kat puncak yellow. Bukan main gembira aku bila sampai puncak tu. Tengok pemandangan gunung yang dikelilingi oleh semua gunung kat cameron tu. Puncak agak luas. Ader plak view point yang sgt menarik. Macam permatang.

Gunung yellow antara yang terbaik dalam trip nie.






Malam tu tido kat puncak yellow. Sempat la tgk sunset.

Pengalaman paling best aku kat yellow nie amik air kat water point dia. Huhu seksa masa turun ok lagi. Tapi bila tang nak naik pi puncak balik tu yg tersiksa jiwa raga. Ala2 nak rock climbing pun ader. Dgn bekalan air yang 10 liter tu. Alahai… patah pinggang.


28/12/2008 (Gunung Pass 1640m)


Dah sampai last day, trip masih santai. Mcm tak sabar nak keluar dari hutan tu. Huhu santai2 pun masih lagik kena merangkak dan jadi komando. Perjalanan kali nie aku ikot otai. Bro mamak gelaran dia. Banyak dia ajar pasal herba nie. Salah satu tumbuhan paling menarik adalah kacip fatimah. Ader la juga yang amik bawak balik. Tapi setelah di minta izin.



Sampai kat puncak gunung pass jam 1600. lepak je atas hujan turun lebat gila. Tak sempat nak amik gambar. Cuma sempat makan bihun goreng yang di bekalkan pagi tadi.

Dari puncak nak ke kaki gunung Cuma 30 minit je. Huhu bukan main gembira aku bila nampak jalan raya dan turun dari gunung tu adalah seperti gambar berikut.




Sekian tamat la pengembaraan yang terbaik tu...

This entry was posted on Wednesday, December 31, 2008 at 4:32 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 comments

Anonymous  

hahaha
host kne tpu ngan mr.k
die bkn kj..
bakal je
hehe

May 22, 2009 at 1:26 AM

Post a Comment