tinggal lagi beberapa hari je lagi pendekar-pendekar rimba akan bertarung dengan kepenatan dan kesakitan yg akan menjadi kenangan yg terindah sepanjang hayat
tinggal beberapa hari je lagi pendekar-pendekar rimba akan menempuh segala cabaran dengan hati dan semangat waja
tinggal beberapa hari je lagi pendekar-pendekar rimba akan menggamit keindahan alam ciptaan tuhan yg maha esa
Bilakah kekejaman ini akan berakhir..mampukah kita sebagai manusia waras menghalalkan kekejaman puak jahudi & amerika laknatullah ini terus menghancurkan bumi damai palestin? Mampukah mereka menghirup udara segar sepertimana kedamaian yg kita rasa ketika mengembara..jawapannya tentu tidak..bumi mereka hancur..tanah mereka dirampas..kanak2, wanita & insan2 tidak bersalah terus dijamah bom2 dr laknatullah ini.. Bersama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat pejuang2 & insan2 yg gugur dimedan syahid..doakan kesejahteraan mereka disana..moga satu hari nanti mereka dapat menghirup udara kebebasan di tanah mereka sendiri..
Al-Fatihah..
MARI KITA BERSAMA-SAMA MENDOAKAN AGAR SAUDARA SEISLAM KITA DI PALESTINE AGAR SENTIASA DALAM LINDUNGAN-NYA.
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> > (Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
first aid kit atau peti pertolongan cemas ini adalah antara benda terpenting jika anda mahu melakukan aktiviti luar. ia digunakan diwaktu kecemasan sementara menunggu pertolongan dari pihak yg lebih arif tiba. jadi di sini, adalah antara barang- barang yg perlu ada di dalam peti pertolongan tersebut.
first aid box/beg - gunakan dari jenis beg atau kotak
Dressing items
bandage:- untuk membalut luka dan juga kecederaan ringan. eg: terseliuh
triangular bandage:- untuk menyokong bahagian tangan sekiranya didapati atau dikhuatiri ada kepatahan tulang
gauze:- digunakan untuk menutup/melindungi bahagian luka yg terbuka
cotton:- digunakan semasa mencuci luka
povidone iodine 10%(solution):- digunakan untuk mencuci luka dan juga sebagai antiseptik
acriflavine(ubat kuning):- sebagai antiseptik(mempercepatkan penyembuhan luka)
dettol:- antiseptik untuk membunuh kuman, digunakan sebagai cucian luar. juga boleh digantikan dengan Normal Saline solution 0.9%
cream antispasm:- ubat untuk mencegah kekejangan otot dan juga melegakan kesakitan otot.
LMS solution a.k.a minyak kuda(hahaha):-digunakan untuk melegakan kesakitan otot dan juga lenguh pada otot kaki dan tangan.
gunting:- digunakan untuk memotong gouze.
micropore(plaster):- untuk menutup luka-luka kecil.
minyak angin:-untuk mengurangkan pening kepala yg ringan.
Medications(oral take)
paracetamol(PCM) 500mg:- untuk mengurangkan sakit kepala, sebagai ubat tahan sakit dan juga demam.
ponstan (mefenamic asid) 250mg:- sebagai ubat tahan sakit. (perlu memastikan perut tidak kosong sebelum memakannya)
gelusil (magnesium tricilicate):- ubat gastrik atau angin(perut kembung)
syrup MMT (magnesium tricilicate):- ubat gastrik dalam bentuk cecair.
Ok..kali ni aku aku post doa ni utk diamalkn..bkn hanya utk panjat gunung..untuk buat keje seharian pn ok..InsyaAllah ianya mampu mengelakkan sebarang bencana dr menimpa kita..
"Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
KEGUNAAN AYAT PENGGERAK/PENDINDING DIRI
Cara menggunakannya :- 1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7x. 2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7x bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut. 3. Amalkan bacaan di atas 3x tiap-tiap lepas solat sehari untuk sebatikan dalam badan agar Allah melindungi kita daripada segala bahaya atau sebarang MUDARAT pada hari berkenaan. 4. Jika hendak menjamah makanan/minuman diluar rumah seperti di restoran dan R&R,sila baca dalam hati 3x,jika makanan tersebut mengandungi racun/santau,dengan izin Allah cawan/pinggan itu pecah. 5. Jika hendak menaiki kenderaan,baca juga ayat ini 3x supaya kita akan dielakkan dari sebarang malapetaka seperti accident dan sebagainya. 6. Jika kita menjalankan perniagaan,insyaAllah kita tidak akan menanggung sebarang kerugian jika mengamalkannya 3x tiap-tiap lepas solat. 7. Bagi mereka yang bertugas sebagai Perawat Islam atau pesakit gangguan jin dan orang biasa juga,kesan amalan 3x tiap lepas solat ini juga akan dapat mengunci tubuh mereka dari dimasuki jin.
Hari ni genap 1 bulan blog dewarimba ni dilancarkn..terima kasih pada semua pelawat & team2 member yg sentiasa bg sokongan..kami gak harapkan sokongan ini akn berterusan..kami akan terus menyalurkn info2 berguna bagi peminat2 outdoor diluar sana..harapan kami bler kita berhimpun disini, InsyaAllah satu hari nnt kita akan bjumpa gak di event2 yg akan dtg..klau terjumpa antara kami diluar..jgn risau tegur la..kami bdk baik..xmkn org..hehe
Pada team2 member teruskn perjuangan kita utk terus mendaki..aku tabik keazaman korang wlaupun kita bru je bergerak dlm 1 pasukan..congrat guys! X lupe gak ucapan selamat thn baru 2009 pada semua..thanks kt sume yg invite kami utk event2 thn bru ni..maaflh x dpt join..ats kekangan masa & tanggungjawab..InsyaAllah next time kami le join..tp gtau awl sket..kami ni bdk br blaja..hehe..
So..bermula thn bru dgn keazaman bru(wlaupun yg lama x tertunai lg) kami hrp sukan ni akan terus berkembang. Tlg la sebarkn antara kita supaya makin ramai antara kita menjadi pencinta alam ni..Salam hormat dr kami utk semua pengunjung & trima kasih byk2..