selamat datang ke laman rasmi dewarimba

FIRST AID ITEMS  

Posted by dewa rimba adventure team

first aid kit atau peti pertolongan cemas ini adalah antara benda terpenting jika anda mahu melakukan aktiviti luar. ia digunakan diwaktu kecemasan sementara menunggu pertolongan dari pihak yg lebih arif tiba. jadi di sini, adalah antara barang- barang yg perlu ada di dalam peti pertolongan tersebut.

first aid box/beg - gunakan dari jenis beg atau kotak

Dressing items

  • bandage:- untuk membalut luka dan juga kecederaan ringan. eg: terseliuh
  • triangular bandage:- untuk menyokong bahagian tangan sekiranya didapati atau dikhuatiri ada kepatahan tulang
  • gauze:- digunakan untuk menutup/melindungi bahagian luka yg terbuka
  • cotton:- digunakan semasa mencuci luka
  • povidone iodine 10%(solution):- digunakan untuk mencuci luka dan juga sebagai antiseptik
  • acriflavine(ubat kuning):- sebagai antiseptik(mempercepatkan penyembuhan luka)
  • dettol:- antiseptik untuk membunuh kuman, digunakan sebagai cucian luar. juga boleh digantikan dengan Normal Saline solution 0.9%
  • cream antispasm:- ubat untuk mencegah kekejangan otot dan juga melegakan kesakitan otot.
  • LMS solution a.k.a minyak kuda(hahaha):-digunakan untuk melegakan kesakitan otot dan juga lenguh pada otot kaki dan tangan.
  • gunting:- digunakan untuk memotong gouze.
  • micropore(plaster):- untuk menutup luka-luka kecil.
  • minyak angin:-untuk mengurangkan pening kepala yg ringan.
Medications(oral take)
  • paracetamol(PCM) 500mg:- untuk mengurangkan sakit kepala, sebagai ubat tahan sakit dan juga demam.
  • ponstan (mefenamic asid) 250mg:- sebagai ubat tahan sakit. (perlu memastikan perut tidak kosong sebelum memakannya)
  • gelusil (magnesium tricilicate):- ubat gastrik atau angin(perut kembung)
  • syrup MMT (magnesium tricilicate):- ubat gastrik dalam bentuk cecair.
  • claritine:- ubat untuk selsema dan juga allergi
  • syrup benadryl:- ubat batuk(menyebabkan mengantuk)
  • maxolon:- ubat tahan muntah
  • tab. papase:- ubat surut bengkak
  • multivitamin:- sebagai vitamin tambahan.

This entry was posted on Wednesday, January 7, 2009 at 8:22 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment