selamat datang ke laman rasmi dewarimba

SINGLE(07/05/09) -> MARRIED(08/05/09)  

Posted by dewa rimba adventure team

hari ini hari khamis, tarikh 07/05/2009, merupakan hari terakhir apis a.k.a abg aku berstatus BUJANG.. heheh! mcm tak caye je. esok tepat pukul 9.30am, 08/05/2009 apis akan di akad nikahkan.

mase kecik dulu, kitorang mmg suke gado. tp suke maen n wat aktiviti yg tak berpaedah sesame..hahahaha! kalo cuti skola, mesti kitorang (aku, apis n eddy) merayap masok kebun (konon2 nk trekking ar, jumpe kulit ular, mencicit lari..har! har! har!), pastu masok utan kat blakang umah (semate-mate nk maen tali tarzan), bile kak yong ade blk, pukul 8am da ade kat depan umah dia..hahahaha!


(dari kiri: ina, idah, apis, ajib n pozie..eddy takde dlm pic nih. aku lupe pasal ape..hahaha!!)

naek tingkatan 1, apis masok asrama kat asrama yayasan selangor sabak bernam. dok la aku sensorang kat umah. bosan siot. takde geng nk gado..hahak! tp bile aku lak naek tingkatan 1, apis pindah skola, 1 skola ngan aku.. best2! da ade geng gado blk sebab pg2 nk g skola mak aku kejot kol 5.30am. so maen tolak2 ar sape kene bgn dulu. siap gado2..hahahaha!!

gi skola naek bas, so kene naek bas kol 6.00. pernah gak skali dulu bas rosak, aku ngan eddy da bantai blk umah. padahal bas ok je pastu, apis sorg je yg gi skola. aku ngan eddy da bantai gi mancing kat palong tiga..hahahaha!!

abes skola, aku masok poli, apis lak masok PTPL. so tak byk aktiviti yg kitorang wat mase tgh blaja nih. cume ade ar skali skale aku join aktiviti kolej apis ni mcm camping n naek gunung nuang..hee!

apis ni pelik sket, bile gi mane2 wat aktiviti, mesti ade je "benda" yg dia nampak. aku ni plak suke cite2 camtu. so setiap kali dia wat aktiviti, blk tu mesti aku tanye punye la. n jawapannye pon takkan menghampakan aku. ade je citenye. mase kitorang camping dulu pon "benda" tu mmg ade. bukan apis sorg je yg dengar n nampak. tak pasal2 aku skali terlibat..adeh..hahaha!!

bile da keje ni, byk ar aktiviti yg kitorang wat sesame. siap wat DEWARIMBA ADVENTURE TEAM lg. mase tu raye haji. tah taon bile aku pon lupe da. macam bese, tiga sekawan, aku,apis n eddy. kitorang semayang raye kat sg. bol..hahahaha! lepak kat sane sambil orang laen sibuk nk ke masjid..kekekeke!! kat situ ar terciptanye nama team tu. dari situ ar kitorang bergiat aktif blk dlm dunia outdoor nih. join aktiviti dengan team laen. so berkembang la jaringan persahabatan tu.. cewah!!







bile jalan2 gi pasar malam ke makan kat kedai mamak ke mesti dorg ingat aku n apis kembar. padahal jarak 3 taon. slalunye aku iye kan aje bile dorg tanye camtu. sebab bile aku jawab bukan kembar, mesti dorg tanye lg. mane satu adik mane satu abang. aih..byk soal lak mamak ni. atas dasar friendly aku jawab ar, aku adik dan dia abang. tp yg tak tahannye bile dia tanye lagi, "eh apsal adik lg nampak tua dari abang??" soalan yg paling aku malas nk jawab. rase nk lesing je pale mamak tu.. hahahaha!! yg sebetulnye, aku nampak lg matured dari apis..bukan tua..muahahahaha!!! so lepas tu, aku jawab je aku n apis kembar, saya abang dia adik.. hahahaha!! lantak ko la mamak kene kenceng ngan aku...hahaha!! keluar dari kedai tu mesti gelak..kekekeke!!

seminggu sebelum apis kawen, kitorang pindah ke umah laen lak. almaklum la sebelum ni sewa bilik je. kecik ya rabbi.. kalo bujang okey ar. kalo da kawen, mmg tak ok. mase tgh cuci umah, aku terpikir, mcm tak caye je apis da nk kawen, siap sewa umah sendiri, barang2 pon da beli. boley di katekan da lengkap untuk bina sebuah family..hahaha!!

to apis, semoga berbahagia n kekal berpanjangan hubungan ko dengan kak chik (hari tu panggil kak uda, mcm tak best je..hahaha!!) cepat2 ar dapat baby, sebab da lame takde baby dalam family kite. yg paling kecik pon da besa n ganaz..kerek je ngan aku budak tu..rase nak sekeh je pale lutut dia laju2..hahak!!

nnt bile anak ko da besa skit, ko kene ajar dia masok utan jugak. baru ar ade geng masok utan bile da tua2 nnt..kekekeke! harapan aku, ko tak gantong bag tros. nnt bosan ar aku takde geng nk masok utan. takde ar orang ckp kite kembar lagi..muahahaha!

kesimpulannye (da macam karangan skola menengah dulu lak..kekekeke!!) takde ape pun yg tersimpul, sume ok jek..hahahhaa! okey la, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT APIS, SEMOGA KEKAL BERPANJANGAN SAMPAI AKHIR HAYAT. SELAMAT MENAMATKAN ZAMAN BUJANG BRO!! HAPPY SLALU!!

PETA UMAH AKU

p/s:- sok bile khadi tu henjut tangan ko, jawab dengan cool je..lex bro..lex..hahahaha!!!



Jemputan Ke Majlis Perkahwinan  

Posted by dewa rimba adventure team


Menjemput semua rakan-rakan datang memeriahkan majlis perkahwinan saya,
Tarikh : 16 May 2009
Alamat : 189, Jalan Laksamana, Desa Maju Sungai Tengi,
44010, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan
Menjemput : Seisi keluarga.Semoga dengan kehadiran tuan puan dapat memeriahkan lagi majlis ini.

Terima kasih.

TROPICAL OUTDOOR PURSUIT CENTRE  

Posted by dewa rimba adventure team

Gambar hasil ehsan abah (Top Camp Adventure)

Aktiviti Lata Kekabu






Kemudahan, aktiviti dan yang menarik di Lata Kekabu :
1. Dewan besar untuk 200 0rg
2. Tapak & khemah 10 men tent
3. Air terjun lata kekabu (ketinggian 100 kaki)
4. Berkayak di jeram Lata Kekabu
5. Flying fox
6. Jungle trekking di Hutan Simpan Bintang Hijau
7. Bangkai kapal terbang di Banjaran Bintang Hijau
8. Orienteering

AKTIVITI TASIK RABAN






Kemudahan, aktiviti dan yang menarik di Tasik Raban :
1. Dewan terbuka
2. Latihan water confident
3. Aktiviti kayak
4. Aktiviti berakit
5. Aktiviti memancing
6. Mengelilingi Tasik Raban dengan bot panjang


Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ngan abah.

TROPICAL OUTDOOR PURSUIT CENTRE

77 PERSIARAN WIRA JAYA BARAT 36, TMN DESA INDAH, 31350

H/P: 013 3941454. Email: johar52@streamyx.com. /johar7700@gmail.com

AC. NO: Maybank 558172001172

TEKNIK BERHADAPAN DENGAN HANTU  

Posted by dewa rimba adventure team

Pocong

Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu krana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen
banyak2 tu

Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu blogging..macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi
bawak-bawaklah buat kerja ... .. hehehehehe

LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN HANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!!!

p/s: kekeke..aku pn terkena masa baca posting ni..jangan marah aa..sesekali cerita bukan2..asyik cerita serius je..kekeke MyEm0.Com

Artikel asal :
http://90born.forumotion.com/tipz-corner-f24/teknik-berhadapan-dengan-hantu-t442.htm

Adat & Pantang Larang Masuk Hutan.  

Posted by dewa rimba adventure team

MASYARAKAT Melayu pada zaman dahulu merupakan peneroka hutan yang gigih. Kegigihan dalam meneroka hutan belantara adalah satu perkara yang patut dibanggakan. Hutan belantara yang begitu tebal bertukar menjadi kampung halaman dan ladang.

Tradisi meneroka hutan untuk kegunaan manusia, tidak dapat dielakkan kerana ia mempunyai hubung kait yang rapat dengan kepentingan manusia. Selain daripada penerokaan hutan untuk dijadikan kampung halaman, masyarakat dahulu juga begitu gigih meneroka hutan bagi mencari bahan-bahan hutan untuk dijual atau digunakan sendiri.

Pada masa dahulu kepercayaan terhadap semangat hutan begitu tebal di kalangan orang Melayu. Masyarakat Melayu menganggap bahawa hutan mempunyai semangat yang keras. Selain didiami oleh binatang-binatang buas, hutan juga didiami oleh berbagai jenis jembalang, pari-pari dan mambang.

Kumpulan syaitan ini dipercayai mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan boleh menyebabkan bencana kepada manusia. Lantaran kepercayaan tersebut, maka masyarakat Melayu pada zaman dahulu beranggapan perlu mengadakan upacara khas bagi mereka yang akan pergi ke hutan untuk mencari rotan, damar, kayu, buluh, akar kayu dan sebagainya atau untuk membuka tanah baru.

Adat ini menjadi semacam kemestian yang patut dilaksanakan demi menjamin keselamatan seseorang semasa berada di dalam hutan. Melalui proses ini dipercayai bahawa gangguan daripada kuasa-kuasa ghaib akan berkurangan atau tiada sama sekali.


--------------------------------------------------------------------------------

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN HUTAN

Hutan merupakan tumbuhan semula jadi yang begitu bernilai dari segi ekonominya. Hutan adalah harta atau khazanah bagi sesebuah negara. Keperluan manusia terhadap hutan juga begitu penting dari banyak aspek.

Manusia memerlukan kayu-kayan dari hutan untuk mendirikan rumah, membuat perabot dan sebagainya. Umumnya tumbuh-tumbuhan di hutan adalah sangat penting kepada manusia.

Penerokaan hutan telah lama dilakukan dan sehingga kini masih berterusan dilakukan oleh manusia. Terdapat beberapa sebab dan kepentingan masyarakat Melayu dahulu masuk ke hutan. Penerokaan atau penebangan balak tidaklah merupakan perkara yang penting pada masa lampau. Namun demikian terdapat juga orang berusaha ke arah itu, hanya sekadar untuk kegunaan membina rumah, tetapi apa yang lebih penting dalam penerokaan hutan ialah untuk mencan damar, rotan, buluh serta akar-akar kayu dan menangkap ikan juga berburu binatang.

Umumnya tujuan manusia ke hutan pada masa dahulu adalah sekadar untuk memenuhi keperluan asas sahaja. Usaha mencari damar yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan cahaya dari damar tersebut. Selain itu bahan tersebut juga boleh dijual untuk kegunaan pembuatan sarung peluru. Semasa zaman penjajahan British dahulu damar dibeli untuk dieksport ke luar negeri.

Selain mencari damar, masyarakat dahulu juga memasuki hutan untuk mencari rotan serta buluh. Rotan pada masa itu bukanlah untuk tujuan industri. Rotan digunakan bagi membuat alat-alat perumahan dan alat-alat lain untuk kegunaan umum. Buluh pula digunakan untuk membuat bubu atau lukah dan sebagainya.

Masyarakat Melayu pada zaman dahulu juga ke hutan untuk mencari petai, jering, umbut, keladi dan sebagainya. Kesemua bahan ini menjadi makanan kepada manusia. Masyarakat dahulu juga menganggap hutan sebagai punca untuk mendapatkan bahan-bahan perubatan. Akar-akar kayu dan lain-lain mudah diperoleh dari hutan rimba tempatan. Bahan yang diperoleh dari hutan ini adalah penting kepada manusia untuk ramuan membuat ubat.

Penerokaan manusia ke dalam hutan juga dilakukan bertujuan menjerat atau memburu binatang. Berbagai-bagai ikhtiar dilakukan oleh manusia untuk memperolehi sesuatu daripada hutan.

Dengan kata Iain manusia memang tidak dapat mengelakkan dirinya daripada hutan. Di dalam meneroka hutan belantara ini, manusia haruslah mempunyai berbagai petua yang patut dipatuhi demi menjaga kesejahteraan mereka ketika berada di dalam hutan.


--------------------------------------------------------------------------------


KEPERCAYAAN BERHUBUNG DENGAN HUTAN

Umumnya manusia menganggap hutan sebagai tempat tinggal berbagai-bagai jenis binatang liar, jin dan jembalang. Warisan pemikiran masyarakat Melayu dikuatkan dengan beberapa dakwaan yang kononnya jika tidak mengikut adat atau tertib ke hutan, seseorang yang meneroka hutan akan ditimpa kesulitan seperti sesat di dalam hutan atau diresapi kuasa ghaib dan sebagainya.

Selain daripada menjadi tempat tinggal kumpulan syaitan, hutan juga merupakan daerah tempat pemasungan hantu. Dalam masyarakat Melayu, pawang adalah orang yang disegani. Kawasan hutan yang belum diterokai juga dianggap keras dan mempunyai berbagal-bagai rahsia dan kerenah yang tersendiri. Oleh itu kawasan-kawasan ini jika hendak diterokal haruslah melalui adat-adat yang tertentu. Maka atas anggapan dan kepercayaan ini, masyarakat Melayu pada masa dahulu telah membuat beberapa peraturan yang dikenali sebagai adat ketika berada di hutan.

Seperti disebutkan tadi, hutan rimba merupakan daerah atau tempat tinggal berbagai jenis binatang yang berbahaya kepada manusia. Binatang-binatang seperti ayam hutan, kambing gurun, badak sumbu dan sebagainya dikatakan mempunyai badi. Sekiranya seseorang cuba menembak binatang tersebut, maka dipercayai 'badi' binatang itu akan menghinggapinya. Manusia yang terkena badi biasanya akan ditimpa kesulitan seperti sakit meracau, gila dan sebagainya.

Sebagai jalan untuk mengelakkan manusia yang pergi ke hutan daripada terkena badi tersebut, maka beberapa peraturan tertentu diwujudkan. Peraturan inilah yang dikenali sebagai adat ke hutan.


--------------------------------------------------------------------------------

PERATURAN UPACARA

Bahan-bahan tempatan diperlukan bagi tujuan melaksanakan adat atau petua ke hutan ini. Bahan-bahan kegunaan harian seperti Iimau nipis, daun kelapa, bertih adalah keperluan asas yang penting.

Di dalam perlaksanaan adat ini bahan-bahan seperti limau nipis, telur, bertih, sirih sekapur, kemenyan dan penunggal diperlukan. Bahan-bahan tersebut perlu disediakan untuk upacara sajian pada peringkat permulaan melaksanakan adat ini.

Kegunaan terhadap bahan-bahan ini ditentukan oleh pawang.


--------------------------------------------------------------------------------

ADAT PERMULAAN KE HUTAN

Masyarakat Melayu mengamalkan adat dan petua tertentu untuk menjamin kesejahteraan manusia sejagat. Mereka percaya ia adalah suatu perkara yang baik dan patut diamalkan. Terdapat beberapa adat yang masih terus kekal hingga ke hari ini.

Bagi adat permulaan ke hutan, beberapa peringkat harus dilakukan demi mendapat kesejahteraan yang sewajarnya. Adat ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian tertentu. Pengenalan adat atau permulaan ke hutan ini akan dilakukan oleh mereka yang akan ke hutan.


Pemilihan Hari

Masyarakat Melayu masih lagi mempercayai kelebihan sesuatu hari bagi melakukan sesuatu upacara. Bulan atau hari yang dikira dalam hal ini ialah mengikut tahun Hijrah. Hari yang kurang baik untuk masuk ke hutan ialah hari Selasa akhir bulan Melayu, dan tujuan berkenaan haruslah dielakkan.

Hari yang baik untuk melakukan upacara seumpama ini ialah hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Hari-hari tersebut dipercayai mendatangkan manfaat yang lebih. Waktu yang baik bagi melaksanakan adat ini ialah pada sebelah pagi.

Pada peringkat permulaan jika seseorang itu hendak ke hutan, dia perlu menjemput pawang untuk melaksanakan adat sajian itu.

Upacara adat sajian ini diadakan sebagai suatu persembahan kepada penunggu hutan. Sebuah dulang yang telah dilsikan dengan segala peralatan yang berkaitan perlu disediakan.

Apabila segala peralatan tersebut telah disediakan, maka pawang akan menjampinya. Ini bertujuan menghalau atau menjauhkan hantu dan segala bahaya yang ada di dalam hutan. Upacara ini dilakukan di atas rumah.

Setelah sajian itu dijampi oleh pawang, dia akan melakukan upacara pancak penunggal pula dan semua peralatan dibawa ke halaman rumah. Orang yang akan meneroka atau yang akan masuk ke hutan pula akan diberi pinang sepiak, iaitu pinang yang telah dijampi. Segala peralatan tersebut kemudiannya diletakkan pada suatu tempat khas, iaitu pada pangkal pokok atau sebagainya, kecuali sebiji limau nipis yang akan diambil oleh pawang.

Limau yang telah diambil oleh pawang tersebut akan diberikan kepada orang yang akan ke hutan sebagai 'pengeras semangat'. Kononnya syaitan takut kepada bau limau itu.


--------------------------------------------------------------------------------

PANTANG LARANG SEMASA DI HUTAN

Terdapat beberapa petua yang patut menjadi ingatan kepada mereka yang akan ke hutan. Di antara pantang larang tersebut adalah seperti petua semasa mula turun ke hutan, bersiul semasa dalam perjalanan, melaung ketika berada di hutan, berburu binatang dan tidur di atas pokok.


Permulaan Turun ke Hutan

Andainya seseorang yang baru turun dari rumah untuk ke hutan tiba-tiba dilintasi ular dalam perjalanannya, maka dipercayai ini merupakan suatu petanda yang tidak baik. Orang tersebut haruslah naik semula ke atas rumah dan mengambil pinang sepiak dan memakannya kemudian barulah turun semula untuk meneruskan perjalanan.

Turun tangga haruslah dengan langkah kaki kanan. Sebelum turun didahului dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim. Mereka juga tidak boleh berpatah balik.

Bersiul Semasa Dalam Perjalanan

Bersiul semasa dalam perjalanan adalah ditegah. la dipercayai menjemput kedatangan ular. Bersiul di dalam hutan pula dilarang sama sekali kerana ini akan menarik perhatian berbagai jenis binatang buas. Apabila kehadiran orang yang memasuki hutan itu diketahui oleh binatang buas, dirinya berada dalam keadaan bahaya.


Melaung Semasa di Hutan

Perbuatan melaung di hutan juga ditegah. Melaung atau bercakap dengan kuat dipercayai akan menarik perhatian berbagai-bagai jenis jembalang serta binatang buas yang ada di dalam hutan.

Sekiranya orang yang masuk hutan itu melaung, maka laungan itu dipercayai akan disahut oleh jembalang dan andainya perkara seumpama ini terjadi, maka kejadian seperti sesat di hutan akan berlaku.


Berburu Binatang

Sekiranya tujuan seseorang ke hutan adalah untuk berburu, dia tidak boleh berpecah daripada kumpulan kawan-kawannya. Sekiranya dia berpecah juga, maka akan terjadi sesuatu yang tidak baik, misalnya tertembak rakan sendiri atau sebagainya. Mengikut kepercayaan, jembalang akan menyerupai wajah rakan seseorang dan wajah rakan itu pula akan menyerupai binatang yang hendak diburu.

Sekiranya hal ini terjadi, maka malanglah bagi mereka yang pergi berburu di hutan itu.


Tidur di Atas Pokok

Mereka yang pergi ke hutan dilarang tidur di atas pokok. Jika berbuat demikian dipercayai mereka akan diganggu oleh jembalang terbang. Tujuan sebenarnya jika seseorang tidur di atas pokok, sukar baginya melarikan diri apabila berlaku sebarang musibah.

Dicedok dr artikel asal http://bteconline.2.forumer.com/a/adat-dan-pantang-larang-asuk-hutan33_post27.html

Mountain To Mountain Challenge 2009 (M2M09)  

Posted by dewa rimba adventure team in

assalamualaikum kepada semua penggemar aktiviti luar seMalaysia.. kali ni aku nak bagitau kat korang semua pasal benda ni. so check it out!!



Penganjuran ‘Mountain To Mountain Challenge 2009’ (M2M09) sebagai satu-satunya acara larian mendaki gunung (climbathon) yang berkonsep sirkit.

M2M09 merupakan kesinambungan acara Sirkit Kembara Negara yang telah dianjurkan oleh PKN sejak tahun 2005 yang dijenamakan semula kepada Mountain To Mountain Challenge bagi memantapkan lagi acara climbathon di semenanjung Malaysia.

Tarikh tutup penyertaan Zon 1 selewat-lewatnya 28/03/2009.
200 Penyertaan awal akan menerima t-shirt tajaan.

CEPAT!! SEMENTARA MASIH ADA MASE NI WEY!!!!!

untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan, sila lawat link berikut:
http://kembaranegara.net/pkn/

sumber: Persatuan Kembara Negara

AL-FATIHAH  

Posted by dewa rimba adventure team

Assalammualaikum..

Al-Fatihah

Saya mendapat berita sedih, sahabat Suraya kita telah kembali mengadap Ilahi pagi tadi setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di kawasan Tapah semasa dalam perjalanan pulang dari tugas sukarelawan SAR Yong Yap di Lojing ke Kuala Lumpur.

berikut alamat arwah

No 5 Jln Subang Permai 12,
Desa Subang Permai
40150 Shah Alam

Al-Fatihah.

Semoga Rohnya di cucuri Rahmat.

sumber: http://gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=18&t=2352

Harimau Tunjukkan Buah Salak Masak  

Posted by dewa rimba adventure team in

Aku rasa cerita ni menarik sgt utk dikongsi bersama..pengalaman dr bro mountdweller utk jd renungan bersama..utk lebih info sila lawat blog beliau..http://mountdweller.blogspot.com/

Assalamu alaikum dan Salam Sejahtera buat semua sahabat maya.

Oleh kerana ramai yang ingin tahu pasal Harimau sejenis makhluk yang dikenali buas (bukan Tok Rimau yang pandai menaip) terutama Puan melayuangkat maka saya terpanggil untuk menceritakan sedikit tentang kisah harimau. Pertembungan saya dengan harimau sebenarnya sudah acap kali tetapi bukan di tempat yang sama.

Harimau tidak suka jumpa manusia:

Sebenarnya makhluk ini tidak suka berjumpa manusia dan akan mengelak dari berjumpa manusia. Dia boleh mengesan kehadiran manusia dengan bau/aroma manusia kerana harimau mempunyai deria bau yang kuat walau pun melalui angin. Itulah sebabnya penadaki atau penjelajah hutan amat jarang bertembung dengan harimau kecuali tiupan angin yang sehaluan dengan arah perjalannya. Itu pun sekiranya angin itu agak keras tiupannya. Jika di dalam keadaan biasa memang harimau mampu mengesan kehadiran manusia.

Tabiat Harimau:

Tabiat harimau sama macam kucing. Makan suka berebut dan tamak. Sekiranya terkejut, harimau akan melompat tangkas bersembunyi tetapi dia tidak akan lari jauh. Dia akan kembali mengintai apakah yang membuat dia terkejut tadi. Dengan mangsanya dia suka menunjuk kekuatan. Tengok pada kucing, kucing kalau dapat tangkap tikus dia tidak terus memakannya. Dia mempermainkan tikus itu hingga lembik terlebih dahulu dan akan menyeret mangsanya jauh dari tempat mangsa ditangkap sebelum memakanya. Begitu jugalah dengan harimau.

Kerana tabiat harimau begitu, sekiranya kita bertembung dengan harimau, harimau akan melompat bersembunyi dan di masa yang sama kita hendaklah cepat lari jauh dari tempat itu. Jangan panik. Kalau kita panik, kita tidak dapat lari dengan cepat bermakna kita lemah dan kita akan menjadi mangsa mainannya.

Sebab kita jadi mangsa:

Kita bukanlah mangsa sebenar bagi harimau. Kita adalah mangsa kebetulan. Memang dia tidak suka jumpa manusia tetapi pada situasi tertentu manusia juga akan menjadi mangsanya. Manusia menjadi mangsa harimau hanya sekiranya harimau berada di tiga situasi.

Pertama: Harimau tercedera atau sakit atau tua. Pada situasi ini harimau akan lemah dan lapar kerana tidak berdaya untuk berburu. Dia akan mencari mangsa yang lemah menjadi habuannya. Jikalau pada masa itu kita berada di tempat yang salah pada masa yang salah maka kitalah habuannaya kerana bagi harimau kita adalah mangsa yang lemah.

Kedua: Bila habitatnya diganggu dan dia tidak mendapat makanan. Bermakna dia lapar. Di situasi ini dia akan terasa terancam dan naluri mempertahankan hak. Mempertahan tempat/territory atau seekor ibu yang mempertahankan anaknya. Dia akan menjadi garang dan menyerang

Ketiga: Sekiranya dia terkejut dan terperangkap. Contohnya semasa dia terkejut, dia tidak ada ruang untuk lari. Dan itulah masanya kita akan menjadi mangsa.

Walau pun harimau cuba mengelak jumpa manusia tetapi saya sendiri mengalami dua peristiwa pelik. Pertama harimau mendengar kata sebagaiman saya ceritakan peristiwa di Gunung Ayam di dalam posting yang lalu dan yang keduanya di Bukit Bakar semasa saya treking pada malam hari dari Bukit Bakar, Machang ke Jeram Linang, Pasir Puteh. Kelantan.

Kumpulan kami memulakan trekking sudah lewat 5.00 petang. Pada waktu maghrib kami tiba di satu aliran kecil/anak air dan saya arahkan berhenti untuk solat dan memasak makan malam. Lebih kurang jam 9.00 malam kami meneruskan perjalanan. Lebih kurang satu jam lebih trekking kami sampai ke satu bukit. Pada masa itu saya minta Mad mengepalai perjalanan dan saya di belakang sekali. Sedang asyik berjalan dan melayan fikiran tiba-tiba saya terlanggar orang yang di hadapan saya. Rupanya semua orang berhenti mengejut. Saya tanya Mad apa halnya berhenti cara begitu. Dia cakap "Abe Din, ada barang di depan" Saya heran, barang apa pulak? Saya berlari ke hadapan mendapatkan Mad. Bila tiba di hadapan Mad, Mad menyuluh satu kesan yang saya tahu itu adalah kesan tapak harimau yang masih baru tetapi harimau tidak kelihatan. Agak besar juga, lebih kurang saiz piring kueh! Saya kata "Ooo harimau rupanya" Mad takut nak sebut "harimau".

Saya minta Mad pula berada di belakang sekali dan saya mengepalai dan meneruskan perjalanan. Dalam 5 minit berjalan saya terdengar cakaran harimau pada pasir dan daun kering. Saya arahkan berhenti sekejap. Lepas seketika kami terus berjalan. Sekejap lagi saya terdengar bunyi cakaran lagi. Begitulah seterunya berulang sampai 3 kali. Saya faham rupanya harimau itu menyuruh kami mengekorinya. Bila jauh sikit dari kami, harimau mencakar lagi. Kami berjalan sehingga sampai di puncak satu bukit yang dipenuhi pokok salak. Kami berhenti dan saya terbau bau buah salak masak, cukup harum. Saya suluh keliling, semuanya pokok salak. Saya suluh ke kaki saya, rupanya saya sudah terpijak setangkai salak yang memang sudah masak dan pecah. Rupannya buah yang pecah itulah yang menerbitkan bau harum itu. Salak Nangka.

Saya arahkan semua peserta meletak haversack masing-masing dan cari buah salak yang masak. Rupanya cukup banyak buah yang masak dan kami petik. Puas makan kami masukkan ke dalam beg untuk dibawa di perjalanan. Di masa ini cakaran harimau itu sudah tidak kedengaran lagi. Rupanya harimau itu memandu kami ke puncak bukit yang ada salak yang sudah masak. Harimau itu tunjukkan kami buah salak!

Ada lagi satu peristiwa yang dialami oleh arwah abang kedua saya. Satu masa dia tersesat di hutan semasa berburu. Arwah abang saya ini suka berburu. Dia berjalan sehingga hari malam tetapi masih tidak jumpa jalan keluar. Dia sudah putus asa sebab dia tidak bawa lampu suluh. Tiba di satu kawasan semak renek abang saya terdengar harimau mengaum lembut dan mencakar tanah. Abang saya cakap "Kalau kamu dari keturunan baik-baik, tolong hantar aku keluar" Tiba-tiba harimau itu mencakar dan abang saya ikut bunyi cakaran itu kerana tidak nampak apa-apa tanpa lampu. Sekejap sekejap bunyi cakaran demi cakaran dan abang saya terus ikut bunyi itu sehingglah keluar ke jalan raya yang menghubungkan bandar Machang dan Pasir Puteh. Bila abang saya sudah boleh keluar, dia kata kat harimau itu " Terima kasih, kau tunggulah esok petang aku akan bawa upah sepaha daging lembu untuk kamu" Selepas itu abang saya telefon kepada kawan untuk menjemputnya di tepi jalan itu.

Pada petang esoknya abang saya bawa sepaha daging lembu dan letakkan di tempat terakhir kesan tapak harimau kelihatan. Untuk pastikan harimau itu ambil atau tidak daging itu, lusa tu abang saya pergi ke tempat dia tinggalkan daging semalam dan dia dapati daging itu sudah tidak ada tetapi ada kesan harimau. Bermakna daging itu sudah diambil harimau.

Hasil tulisan blogger Mountdweller
http://mountdweller.blogspot.com/

Teknik asas 'packing' barang dalam 'backpack' anda (part 2-cara malaysia)  

Posted by dewa rimba adventure team

Setelah anda membaca dan memahami Teknik asas 'packing' barang dalam 'backpack' anda (part 1), Disini saya akan menulis pula mengenai cara susun (packing) barang cara orang Malaysia. Dari segi konsep ia hampir sama saja tetapi mukabumi dan iklim kita yang bebeza menjadikan ia ada kelainan sedikit. Saya melihat masih ramai lagi yang masih tidak tahu cara betul/jelas packing barang dan dikesempatan ini lusuh akan ceritakan serara khusus. Teknik ini saya(lusuh adventure) telah melaksanakannya sejak 20 tahun yang lepas.

Seperti sedia maklum, perkara asas untuk 'packing' barang ialah:

1. Apa aktiviti yang anda lakukan 'off-trail' atau 'on-trail', letakan barang terberat dekat dengan belakang badan,iaitu 'centered between your shoulder blades' (ditengah diantara bahu). Cara ini berkesan untuk 'internal-frame pack or external'.(lihat gambar)

2.Letakan barang yang berat dibahagian atas bagi perjalanan 'on-trail', agar beban berada di 'hips'(punggung) anda.(lihat gambar)

3.Letakan barang yang berat dibahagian bawah (tengah bag) bagi perjalanan 'Uneven terrain or cross country', agar menjadikan seimbang kerana graviti yang rendah.(lihat gambar)

4.Letakan barang penting sepeti kompas, peta dan makanan ringan di tempat yang anda mudah ambil.(lihat gambar)


Ada dua perkara yang membezakan pendaki malaysia dengan luar iaitu pengunaan 'sleeping mat' sebagai struktur dan beg plastik hitam yang besar (rujuk. gambar dibawah) .Pengunaan 'sleeping mat' bukan sahaja sebagai alas tempat tidur, ia juga berperanan sebagai tulang atau 'structure 'kepada beg agar kelihatan kemas dan cantik. Beg plastik hitam pula berperanan sebagai agen menghalang barang yang dibawa dalam beg agar tidak basah. ia juga berperanan sebagai bungkusan sementara kepada 'backpack' sewaktu di tapak perkemahan.



Gambar yang berikutnya adalah teknik menggunakan dua barang diatas untuk di aplikasikan kepada 'backpack' anda. Ada dua cara untuk pengunaan 'sleeping mat' dan ada dua cara juga pengunaan karung plastik hitam. sila lihat gambar dibawah.


Cara-cara pengunaan/persiapan:


1.Cara pertama ialah gulung 'sleeping mat' anda, kemudian masukkan kedalam beg anda secara menegak. selepas itu longgarkan/kembangkan gulungan tersebut agar dapat memasukan barangan anda.(rujuk picture 1)

2.Cara kedua ialah lipat 'sleeping mat', cantumkan hujung dengan hujung (kepala dan kaki) kemudian gulung 'sleeping mat' anda. kemudian masukan ke dalam beg anda secara menegak. selepas itu longgarkan/kembangkan gulungan tersebut agar dapat memasukan barangan anda.(rujuk picture 2) (cara ini amat digalakan kerana 'sleeping mat' mudah dilaras.

3.Jika menggunakan plastik sebagai pelindung, masukkan 'sleeping mat' dahulu kemudian beg plastik.(rujuk picture 3)

4.Jika menggunakan beg plastik sebagai pelindung, masukkan plastik dahulu kemudian'sleeping mat' (rujuk picture 4) cara ini amat digalakkan kerana jika hujan atau seberang sungai, 'sleeping mat' dan baragan anda tidak akan basah.

ok..setelah selesai anda 'setting', tidak kira cara apa yang digunakan, masukkan ke dalam bag anda 'sleeping bag' dahulu dibahagian bawah sekali kemudian diikuti dengan barang-barang lain (ikut aturan sepertimana yang telah diajar-rujuk gambar)

Setelah anda membaca artikel saya 'Teknik asas 'packing' barang dalam 'backpack' anda (part 1&2), saya berharap kita semua akan mendapat pengajaran darinya. Saya berharap ilmu ini dapat disebarkan dikalangan pencinta pergerakkan luar agar ia tidak terputus begitu sahaja tanpa mengira orang lama atau baru.

sekian terima kasih
Lusuh Adventure
050309.....1227 AM
http://lusuh.multiply.com

untuk mengikuti artikel asal:
http://lusuh.multiply.com/journal/item/244/Teknik_asas_packing_barang_dalam_backpack_anda_part_2-cara_malaysia

Teknik asas 'packing' barang dalam 'backpack' anda (part 1)  

Posted by dewa rimba adventure team in





Ramai peminat 'outdoor' ini yang mempunyai beg yang jenis baik-baik, berjenama dan mahal. Namun perkara yang selalu saya lihat ialah kelemahan didalam menyusun barang didalam 'backpack trekking'. Ok, saya akan terangkan secara mudah dan teratur untuk 'packing.'Packing' bergantung juga kepada 'backpack' yang anda gunakan iaitu 'internal-frame pack or external' dan aktiviti yang anda lakukan 'off-trail' atau 'on-trail'


Secara am/mudah 'packing' barang ialah:
1. Apa aktiviti yang anda lakukan 'off-trail' atau 'on-trail', letakan barang terberat dekat dengan belakang badan,iaitu 'centered between your shoulder blades' (ditengah diantara bahu). Cara ini berkesan untuk 'internal-frame pack or external'.

2.Letakan barang yang berat dibahagian atas bagi perjalanan 'on-trail', agar beban berada di 'hips'(punggung) anda.

3.Letakan barang yang berat dibahagian bawah (tengah bag) bagi perjalanan 'Uneven terrain or cross country', agar menjadikan seimbang kerana graviti yang rendah.

4.Letakan barang penting sepeti kompas, peta dan makanan ringan di tempat yang anda mudah ambil.



Jika anda mengunakan bag 'internal-frame pack'

1.Jika anda keluar samada on-or off-trail letakan barang terberat dekat dengan belakang badan,iaitu 'centered between your shoulder blades' (ditengah diantara bahu).lihat gambar diatas.

2.Jika 'on trail' pula, letak barang yang terberat dibahagian atas bag, kerana berat akan ditanggung oleh punggung anda, bukan bahu .

3.jika 'off-trail' explorasi,Letakan barang yang berat dibawah sedikit (ditengah bag) agar menjadikan seimbang kerana graviti yang rendah.(rujuk gambar)

4.Masukkan 'sleeping bag',dibahagian bawah sekali (yang pertama yang harus dimasukan), dan pakaiyan (yang anda rasa tidak digunakan sehingga waktu tidur).dan apa saya yang boleh dilipat kecil .

5.Ikat apasaja yang rasa perlu untuk di ikat.


Jika anda mengunakan bag 'internal-frame pack'

1.JIka anda keluar samada on-or off-trail letakan barang terberat dekat dengan belakang badan,iaitu 'centered between your shoulder blades' (ditengah diantara bahu).

2.'internal-frame pack' adalah sesuai untuk perjalanan 'on trail' sahaja.letakan barang terberat dibahagian teratas dibelakang badan. dengan melakukan demikian berat akan ditanggung oleh punggung anda dan menstabilkan perjalanan anda.

3.Pack 'sleeping bag' didalam bungkusan kalis air dan letak bahagian bawah bag.

Sekarang anda telah tahu secara ringkas' Teknik asas 'packing' barang dalam 'backpack', semoga anda mendapat ilmu dan dan mempratikkan dalam aktiviti 'outdoor' anda. Sekarang saya akan ceritakan pula secara ringkas 10 perkara perlaksanaannya dari apa yang anda baca dari di atas:

1-Susun barang dengan kemas,teratur agar anda menjadi selesa dengannya

2-Letakkan barang seperti kompas,peta,makanan ringan dan anda rasa penting ditempat yang mudah dicapai.

3-Jika boleh jangan ada ruang kosong dalam beg anda, isilah apasaja di ruangan itu.

4-Pack barangan anda dengan plastik beg berbagai warna (kod) contoh baju plastik putih, makanan plastik hitam, dan sebagainya (memudahkan anda untuk pilih)

5-Kurangkan meletak/mengantung barang di luar bag (menyukarkan pergerakan)

6-Jika anda membawa khemah, jangan terlalu rajin bawa semuanya, bahagi-bahagikan diantara rakan anda.Rod khemah hendaklah diletakan dikiri atau kanan bag.

7-jika bawa barang tajam pastikan ia sentiasa bersarung atau dibungkus. Begitu juga bahan cecair pastikan penutup ditutup dengan ketat agar tidak meleleh(terkeluar).

8-Raincover atau 'packcover' amat penting, untuk mengelak beg dan barang dari basah jadi pastikan setiasa ia ada.

9.Pastikan beg sentiasa dalam keadaan baik sebelum digunakan.

10. Jika boleh bawalah 'sparepart' bag atau barang lain yang dirasakan penting.

Sekian terima kasih, semoga ada adapat manfaat dan kebaikan darinya:
lusuh adventure
26/02/09 (23:39)

untuk mengikuti artikel asal:
http://lusuh.multiply.com/journal/item/243/Teknik_asas_packing_barang_dalam_backpack_anda_part_1

1000 hits!  

Posted by dewa rimba adventure team

thanks to all visitors! hari ni da sampai hit yg ke-1000 da. rasenye blog ni baru je bukak 3bulan yg lepas. perkembangan yg memberangsangkan. thanks again!

Emergency Handset Charger  

Posted by dewa rimba adventure team




gadget yg paling bergune utk sesape yg slalu sgt masuk utan..gadget ni blh cas blk betri henset korang dengan hanya pakai betri saiz AA je..xyh pening2 nk pk klau betri abes..bg sesape yg berminat le la kontek email aku (m.zulhafiz@tng.uemnet.com) ataupun ajib (apolosia_nd@yahoo.com) utk wt tempahan..harga RM30 x tmasuk kos penghantaran..

Hassan..Moga Kau Terus Tabah  

Posted by dewa rimba adventure team


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah ya tuhan kami yang maha kaya lagi maha pemurah....
yang maha pencipta juga yang maha mengetahui segalanya...
kami bersujud dan memohon ke hadrat mu ya Allah...
YA ALLAH peliharalah sahabat kami hassan ayat daripada sebarang malapetaka yang tidak diingini...
YA ALLAH jauhkan lah dia dari segala bentuk gangguan fizikal mahupun spiritual...
YA ALLAH terangkan lah hati nya supaya mudah bagi dia menemui jalan keluar...
Berilah ketenangan dan kekuatan kepada jiwanya agar dia tidak putus asa...

Andai dia lapar dan dahaga, YA ALLAH kenyang kan lah dia...
Andai dia kegelapan, YA ALLAH terangilah dia...
Andai dia sakit, YA ALLAH ringanlah kesakitannya...

Kami juga bermohon kepadamu YA ALLAH...
mudahkan lah bagi pasukan pencari untuk menemui hassan...

YA ALLAH berikanlah kekuatan kepada mereka andai kata mereka telah letih...
Hanya PADAMU sahaja yang mampu membalas jasa-jasa mereka ini...

Amin ya robbal a'lamin...

Hasil nukilan : Azlina Zaini dan doa dr rakan2mu..

BAG UNTUK DIJUAL  

Posted by dewa rimba adventure team in ,

berikut adalah beberapa gambar bag untuk dijual. bag berjenama, 2nd hand. cepat! sementara stock masih ada!!!

DUETER:



CONDITION: 7/10
HARGA:RM65
STATUS: ADE ORG DTG MERISIK (still available)


HIGH SIERA:



CONDITION: 9/10
HARGA:70
STATUS: DAH JUAL

THE NORTH FACE:



CONDITION: 8/10
HARGA:70
STATUS: BELUM BERPUNYA (single lagik..)

TATONKA:




CONDITION: 7/10
HARGA:40
STATUS: BELUM BERPUNYA (single lagik..)



  • kepada sesiapa yg berminat, sila hubungi najib di apolosia_nd@yahoo.com
  • status bag akan di"update" dari semasa ke semasa
  • harga ley nego lagi
  • yg dok kat KL ley dtg amek je tros(tmn. dato' harun)
  • harga di atas tidak termasuk kos penghantaran